Monday, June 13, 2011
A good starter..
Saturday, January 8, 2011
kisah teladan 2..
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
kisah teladan..
![]()
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.
Friday, December 24, 2010
tahniah!!
Tuesday, December 21, 2010
PERHATIAN KPD PUTERA N PUTERI 5 BUDIMAN
dgar sini baik2 kwn2 skalian..
sekiranya anda blum membayar duit yuran kelas, sila bayar ASAP..
faham!! (ini satu ugutan) haha.. ;)
weh bayar la..sbb aku nak uruskan jamuan kelas..
n satu lagi..
siapa yg x dpt hadir slpas blan 12, sila mklumkan pd aku scepat mungkin..
ye la kan ade yg dpt masuk plkn, dq n what so ever..
owh ya n kpd mawaddah...bila ko nye kelas lesen start??
n makannan aku leh uruskan but tempat aku blum tau ag nk wat kat mane..
agk2 sape yg nak sponsor umah leh ar kol nombor aku scepat mungkin..
kalo xdew no aku leh kol lea spaya lea dpat inform pd aku..
rumah amirah....
n wanie sbgai peneman..as usual..
but sblum 2 mntak maaf pada mak mira, aizzah, mira, n wanie sbb sabar mnunggu ketibaan sy.
mula2 nak dtg sesat sbb x ingat bntuk umah lama mira kat fasa 4...
haha..n then mmg kena bebel ngan akak lo..
then da smpai salam2 ngan diaowg sume..
tunggu mak mira hbs solat, n then salm mak die..
waktu nak salam, pn ilham kata begini..
pn ilham : ha!!!ni knp lmbat nie...nak kena denda nie..
dlm hatiku : denda ape?? (agk cuak di situ) haha
n then bertolak la g umah di..
about 15 mins baru smpai la kat nilai 2..
masuk2 je pgar umah die..
cantik giler..
it amazed me!!!
hahaha
tgok luar je mcm umah shalet..
cntik x??
stakat yg aku tau hanya shafira,aliya,aku,aizzah,n wanie jek pnah dtg..
sape2 yg nak dtg g la umah..
n da masuk dlm kitaowng masuk bilik akak die yg no 2 tu..
bilik masing2 ade air-cond..x leh bla...
mmg mlm2 aku ngan wanie tdur berair-cond la...
owwh ya..ade satu kotak yg besar berada di tepi dinding dmana dmuatkan dgan buku2 manga..
mmg byk..series conan pun ade gak..
best glek ar..
mlm tu kitaowng mkn lauk yg dbeli ..
next morning, kitaowng bangun lewat...hahah
sbb mlm tu kitaowng main snap n uno..
snap mstilah aku mng byk kali..
but uno amira n wanie yg mng..
aku kalah teruk..
hahaha
waktu tu da pkul 12.30 mlm kot..
mak mira smpat ktuk ag pintu nk bgtau kitaowng kalo2 lapar..boleh wat air n cari mkn sndiri..
owh..n aku wanie, n mira masak2...
n actually bkn masak btol pun..just tlong2 jek..
aku la tukang blend cili hdup nj cili padi..
mira lak potong sayur..
lwak gler mira ptong sayur
wanie lak potong cili tuk aku blend..
n mak die yg masak..mmg sdap..
tgah hari tu kami mkn ikan pari bakar, sup sayur . sotong sambal..
mmg sdap..
so..smpai sini saje..
nanti kita smbung ag ye..