Assalamualaikum,
Sudah genap usiaku pd tahun nie..17 tahun..
owng pertama yg wish kat aku adlah ayuni athirah..thanks a lot ayu!!!
luv u..
n then baru blik 2syen pukul 11 lbih mak kata ada kwan bg surat..
so,in my mind.."sape"?
mak kata hajar..oh!! my best friend..
mak kate jgn bkak surat 2 slagi blum pukul 12 mlm.
aku kate knp???
mak kate kan birthday awak 3.4.2010
x pham2 ag...hehehe
n then pukul 11.59 aku bkak sampul surat..
tepat 12.00 bru bace...
kandungannya:
3 April 2010.
Assalamualaikum sahabatku anis,
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-17!!
Ya Allah ya tuhanku,segala puji hanya bagi Mu kerana hingga ke detik ini, sahabatku ini masih bernyawa di bawah rahmatMu. Sampai ke detik ini, aku masih lagi dapat berukhwah dengannya demi mendapat redhaMU. Kerana Mu kami bertemu dan kerana Mu hati kami bertaut dan berkasih sayang. Ya Rabbi, jadikanlah hari lahirnya yang ke 17 ini sebagai hari lahir yang gembira buatnya, agar dia dapat menghadapi SPM dengan semangat. Ya Allah,hadiahkanlah sahabatku ini dengan kejayaan yang cemerlang dalam SPMnya. Izinkanlah dia untuk mencapai impiannya untuk menjadi doktor yang juga mahir dalam agama Mu.
Ya Allah, izinkanlah jua buatku untuk menggapai kejayaan dalam SPM, meski pun aku tahu bahawa aku tidaklah sehebat dan sepintar dia. Namun, aku tetap syukuri segala kurniaanMu.Izinkanlah aku Ya Rahman, agar aku dapat bersama-samanya untuk berjuang mencapai cita-cita kami, supaya kami dapat membalas segala jasa kedua orang tua kami.
Ya Khaliq, panjangkanlah umur sahabatku ini agar dapat aku berukhwah dengannya hingga ke akhir hayatku. Permudahkanlh segala urusannya ya Allah, satukanlah hati kami selamanya..andai ada jurang persengketaan antara kami, hapuskanlah ia...agar persahabatan kami tetap utuh..
Ya Allah sesungguhnya kami amat mencintaimu dan aku amat menyayangi sahabatku ini..
berkatilah hidupnya didunia dan di akhirat...perkenanlah doa tulus hambamu ini ya Rabbi.
amin ya rabbal a'lamin.
warkah diutus buat sahabat,
dalam warkah ku sulam doa,
moga ukhwah tetap terikat,
agar redhanya di dunia dan di akhirat jua.
#inilah doa aku yang ikhlas untuk kao.
sebagai hadiah di hari lahir kau.
jika diberi barang,barang itu tidak boleh dibawa ke mana2..
jika diberi makan,kenyangnya setakat itu sahaja.
Jadi, ku beri doa yang kudus buat Mu agar dapat dibawa hingga ke akhirat..
sekian..
aku terharu bila baca surat ini,
inilah kali pertama aku dapat doa untuk hari lahirku..
bila aku baca, aku menangis..
selalunya owg dapat hadiah n surprise dari rakan atau family akan gembira..
tapi aku, menangis..huhuhu
tanks SITI HAJAR BT BRAHIM..
ko adalah sahabatku dunia dan akhirat..
x lupa gak yg wish kat aku...
senarai nama :
siti nur naquiah (love her very much)
ali iskandar
kharu ilwani
nur haziqah
abang angkatku yang baik
natasha
amirah azhar
mawaddah
ili hanisah
nadia naz.
farah hanisah
lain-lain....(lupa, banyak sangat sampai full msg nak masuk)
i love you very much too. oh terharuuu ;)
ReplyDelete