Wednesday, April 4, 2012

fuuhhhhh ......

fuh..fuhh..dah berhabuk blog aku nie.
assalamualaikum, ape khaba?? dah lama x update blog aku nie.. bz sangat2 plus yg diri nie xde kemudahan laptop di tangan aku nie..so, kalau balik umah barulah dapat lappy nie. (insyaAllah mama akan bg hadiah lappy baru nak masuk degree nanti) heehehe :)
owh anyways, aku dah hbs foundation law da..alhamdulillah.
im just hoping that my muet and CGPA lepas la for me to enter degree in law soon in UiTM shah alam.
sedih dan sayu aku nak tinggalkan bumi kuantan.sbb aku harap sgt aku xde repeat mne2 subjek for semester 2 nie.


k bye..

p/s : thanks to all wishes yg dihantar oleh kawan2ku dan guru2ku.. jasa anda akan aku kenang dan love u all ketat2..heheeh :) mawaddah pulak, thanks dear sbb khas buat entry dlm blognya wish aku.. owh terharu :)

Thursday, November 3, 2011

cuak

owh..dah lamenye x update blog. ni pun cbe2 try bkk password, last2 dapat gak bkk blog yg lame nie..dah terperap lame dah blog nie. owh ya, seperti mne entri sy sblom ini, sy dah menjalani kehidupan sbg bdak asasi law selama 4 bulan. kehidupan yg sangat2 mencabar namun ditetapkan gak hati dengan kekuatan dan ketabahan. ade org kate, just face all the obstacles in ur life. owh, jadi pun teruskanlah hidup nie dgn mempelajari hukum law di uitm kuantan ni.

alhamdulillah, sbgai pelajar universiti, banyak benda yg dah dilalui walaupun x banyak pengalaman yg dapat, namun dapat mematangkan diri ini. berjumpa ngan bermacam2 ragam manusia. dan setelah 4 buln, akhirnya menduduki final exam. dan setelah hbs semester pertama dalam foundation in law ni, diberi pula cuti slama sebulan lbh sbgai persediaan utk semester setrusnya.
dan akhirnya penantian keputusanmfinal exam plak..nie yg CUAK ni...huhu..
ya Allah, walaupun aku tahu usaha ku senbanyak yg mane, namun aku mengharapkan yg terbaik dlam hidup ku...cuma satu kuharapkan, agar apabila kau mendapat tahu keputusan final exam, biarlah hatiku ni dapat menerima dengan reda dan ayahbondaku tenang mendapat tahu keputusanku nanti..amin.. sekian

Monday, June 13, 2011

A good starter..

assalamualaikum,

seperti tajuk diatas, mmg permulaan yg baik utk hidup saya nie..
mendapat tawaran yg rezekinya dtg daripada Allah. mmg Dia merancang yg terbaik utk sy..
mendapat tawaran di UiTM Kuantan. seronok sgt...sampai demem teruk. first week jek dah nak kena tahan kat wad tp sy tak mau kerana ade komitmen yg lbh besar. ada kelas BEL 313..
itu yg lebih penting. belajar kerana Allah.
tension mmg la..dah namanya amek law..
lecturer mmg gempak giler kat sini...suka sgt...tp ramai laki..but interesting la..anyways...hidup di negeri orang mmg banyak cabaran..perlu belajar berdikari..dah takde mama dan abah kat sbelah saya.
overall mmg challenging...subjek law mmg ssh giler..ni baru asasi. belum degree(insyaAllah)
tapi blaja law mmg banyak memberi kekuatan dan kekentalan utk mengharungi hidup.
penat jgn cakap...kalo nak pekerjaan yg baik suatu hari nanti, waktu blaja la kena ssh2 dahulu..
pepatah kan ada menyebut..susah2 dahulu,bersenang2 kemudian.

cuma skarang sy memrlukan kekuatan daripada Allah S.W.T. utk menyambung kembali amanah dan harapan ibu ayah..dulu..mama abah ade suruh amek medic..tp rezeki SPM xde...yg ade hanya jalan utk law, jadi sy amek la...mula2 ingat nak masuk UIA, tp Allah yg menentukan.
dapat UiTM pun apa salahnye. belajar sume sama..yg penting akhlak kite,iman, usaha dan taqwa jek..
ya Allah,permudahkanlah bgku utk berjaya hbskan asasi undang2 ini..serta selamatkanlah aku ketika berada jauh dengan keluargaku..amin ya rabbal a'lamin

Saturday, January 8, 2011

kisah teladan 2..

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

kisah teladan..

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Friday, December 24, 2010

tahniah!!

kpd AINA SYAZANA BT AHMAD ZUBIR..
tahniah kpd anda..haha

straight A 4 PMR..
dpt lapan A..
nasib baik awk xpnah pecah rekod keluarga lagi..

so dgn itu, mak abah blanja mkn lunch kat hotel de palma,ampang..
haha..best giler..sedap sgt!!
thanks mak abah!!
cntik sgt hotel tu..
sedap..sedap..sedap..
heeee ;)

the best lunch in my life..;)

Tuesday, December 21, 2010

PERHATIAN KPD PUTERA N PUTERI 5 BUDIMAN

okeyh..
dgar sini baik2 kwn2 skalian..
sekiranya anda blum membayar duit yuran kelas, sila bayar ASAP..
faham!! (ini satu ugutan) haha.. ;)

weh bayar la..sbb aku nak uruskan jamuan kelas..
n satu lagi..
siapa yg x dpt hadir slpas blan 12, sila mklumkan pd aku scepat mungkin..
ye la kan ade yg dpt masuk plkn, dq n what so ever..
owh ya n kpd mawaddah...bila ko nye kelas lesen start??
n makannan aku leh uruskan but tempat aku blum tau ag nk wat kat mane..
agk2 sape yg nak sponsor umah leh ar kol nombor aku scepat mungkin..
kalo xdew no aku leh kol lea spaya lea dpat inform pd aku..